Tuesday, September 6, 2016

AnitaGia Munaji Salamat

WATCH HER TALK ABOUT IBU & LUAHANRASA
tq GIA, make us all proud ok gia ;) - by Deejay Ibumisali

ok now let get to know more about gia here we go...
She a wellknown singapore Bloggers, businesswoman, a tourist guide also actress/host for event and she was so lucky which she was selected among few ppl from singapore and been sponsor to go and further her study (tourist) to learn the calture and also language in colombia for 5 month... wahhh all been sponsor seyy :D, somewhere after Hari Raya this year (July) she fly to Colombia send by her family, close friends and fans, i meet her inperson and all i can say is that.. she is a happy going girl with a big heart and dream, with all her hard work look what she achieve in her life

she have her own live talk show in face book which she used this platform to talk, communicate, sharing and also giving opinion on the topic they talk/discuss, more 11k viewer watch her page & video
with her fans,  almost about all topics,  and her viewers listen n watch her video every day
While she in colombia she still keep posting new topic and share her journey n her daily life there, with video, beautiful picture and this is something that we as singaporean should be proud of her and give support to bloggers like her.
representing singapore to colombia is something that she never dream of, and she was happy to be the chosen one wowww clap2 you go girl :D,  anyway guys pls give some love to her and do add her page at SSS SUARA SEXY SHOW Dgn GIA,  support her so she will keep on inpiring others, we proud of you girl keep it up with the things you do, our doa will always with u, all the best and 'moga Allah lindungi gia di sana dan selamat pergi dan kembali ke tanah air..amin' 



btw gia thank you for wearing LuahanRasa T shirt :D u look cute tho, click here to watch her
share her receipe nyumm nyummm CLICK HERE











ps: sorry kalau ada terbroken english tak sempat nak edit :D alkisah......
im still writing & uploading for this page SABAR ok ;)

Tuesday, March 8, 2016

Projek Kasihanilah, Sayangilah

Buat julung-julung kali ALUMNI YISS 1975 yang yang juga di kenali sebagai 'TEMAN SEJATI'  menganjurkan satu projek Hi Tea yang berjudul Kasihanilah. Sayangilah, kali ini projek yang di anjurkan bukan di Singapura malah di Batam.

Tumpuan projek kali ini ialah kepada kanak-kanak dari "Yayasan Mahabbah Panti Asuhan Ya Bunayaa" berhibur sambil beramal bersesuaian dgn tema Hi Tea Kasihanilah, Sayangilah.

Pn.Siti Supainah Matop mengetuai juga sebagai penganjur projek kali ini berkata 'sebenarnya kami dah war warkan di akhbar dimana kami membuka projek kali ini kepada orang ramai sambutan begitu mengalakkan walaupun tidak mencapai jumlah yang di inginkan oleh penganjur namun demikian ia tidak mematahkan semangat membuat berbagai persiapan.

Kumpulan ini yang mana rata-rata mereka adalah dari bekas pelajar ALUMNI YISS 1975 dari sekolah Yusof Ishak.  Sementara MC/Pengacara pada hari tersebut adalah En.Moe Vibes seorang pengacara yang tidak asing lagi di singapura, tentu saja acara akan gamat di buatnya.

'kami telah siap menyediakan baju yang di ukur khas untuk sambutan hari raya pada tahun ini buat anak anak di rumah yayasan mahabbah panti asuhan yaa bunayaa ini, semuanya telah kami tempat khas istimewa buat anak anak ini, alhamdulillah telah siap semuanya dan akan kami bawa nanti inyaAllah'

'Sebahagian dari kutipan wang akan di berikan kepada Yayasan Mahabbah Panti Asuhan Yaa Bunayaa nanti dan sebhagian lagi akan di gunakan untuk  projek ini nanti, sebenarnya kami tidak menerima sebarang penaja atau sponsor dari mana mana pihaktapi kami bersyukur berkat usaha dan kerjasama saya dan rakan rakan kami teruskan dengan harapan moga anak anak ini nanti terhibur begitu juga dengan hadirin yang hadir pada hari tu nanti' - ujar pn.Siti lagi.

Tuesday, October 27, 2015

YISS - Anjur 2 projek pada November ini

2 projek yang di maksudkan adalah:

8 Nov 2015
RACIAL HARMONY RE UNION
YISS - SG 50

22 Nov 2015
ALUMNI YISS 1975
3RD YEAR ANNIVERSARY
DARUL SYIFA'

Interview LuahanRasa.FM bersama dgn Pn.Siti Supainah Matop


Bekas matan pelajar YISS juga antara sebahagian org penting 
di sebalik tabir 2 projek anjuran mereka, 

Dalam Gambar

WANITA
Siti Supainah Binti Matop
Sutina Binti Sumadi
Aizah Binti Sarwan
Wardah Binti Sadauna
Rohaya Binti Taib
Fadilah Binti Mohamed
Maznah Binti Yaacob (tiada dalam gbr)

LELAKI
Paiman Bin Kahat
Mesran Bin Pyetan
Noor Hashim Bin Sulaiman
Roslee Bin Sud


Sdr Ishhar (Razi M - BDB) serta isteri Rohaya Taib (Kumpulan Hidayah/PERMATA)
turut membimbing dari segi nyanyian serta persembahan


Nanti kan persembahan istimewa dari mantan bekas pelajar YISS 
pada 8, 22 November 2015 nanti

Saturday, May 24, 2014

PANGGONG SANDIWARA II

Antara artis Veteran Filem Klasik yang hadir

Pembukaan acara dengan peyampaian Cenderamata kepada para Artis Veteran oleh  En Ng Say Tiong PBM, yang di irigini oleh Sdr Yahya Hamid PBM.  Artis Veteran yang hadir walaupun ada di antara mereka agak uzur namun semangat mereka untuk sama sama menjayakan acara kali ini jelas terbayang di wajah mereka, ibu sokong projek seperti ini, yang mana jarang jarang di lakukan di tempat lain, di mana rasanya memperingati jasa artis Veteran Klasik Melayu memang sepatutnya kita raihkan, kalau boleh setiap tahun, tahniah kepada En Yahya Hamid PBM juga MAEC Fuchun CC kerana telah berjaya menganjurkan projek kali ini, kali ini ada kelainan sedikit, dimana artis artis Veteran naik ke pentas membuat persembahan, ada juga yang berlawak berlakon, di samping ada juga pementasan Adengan daripada Filem...wahh tak sangka mereka maish lagi berbisa lakonan yang padat dan ada di antara mereka yang masih boleh bernyanyi, seronok jugak di buatnya, thumb up buat semua, ibu tgk hadirin pun turut terhibur, siapa kata artis lama tidak boleh menyanyi? persembahan mereka masih menyengat kata orang sekarang :D

di ikuti juga dengan berbagai persembahan dari Pn Kamaliah Latif, anak kepada mak Momo Latif wahhh best suara kak kamaliah memang best sama macm dulu, Rozita Rohaizad jugak membuat persembahan beliau adalah anak kepada seniwati Hjh Mariani Ismail, persembahan dari adik allahyarhamah Saloma ia itu Sdri Jasmaniah Ismail turun membuat persembahan dan ramai, P Ramlee Singapura dan isteri, bersembahan lawak jenaka oleh abg Alias kadir juga tak kering gusi kita dgrkan suara power hehehe abg alias kadir tiru suara papa rock hohooo dasyat, dan tak lupa jugak Sdr Yahya Hamid menyampaikan bacaan puisi, dan ramai lagi artis artis yang membuat persembahan.

Dalam pada itu ibu sempat juga dapat temubual pengerusi projek  
Sdr Yahya Hamid PBM (Pengerusi Projek/MAEC Fuchun)

Menurut katan sdr Yahya Hamid PBM, projek ini tidak akan dapat di laksana kan tanpa kerjasama dari semua pihak lebih lebih lagi dari semua ahli jawatan kuasa MAEC Fuchun, sukarelawan juga dari Fuchun CC, dan menurut kata beliau lagi projek seperti ini akan di anjurkan lagi demi menghargai jasa artis Veteran Filem Klasik kita ni.


dengan artis artis veteran yang dapat ibu temuramah adalah seniwati dan pelakon mak
MOMO LATIF

Mak Momo latif - cute orangnya mudah di ajak berbual, pada pandangan ibu mak Momo latif ni pemalu rasanya tapi beliau tidak lokek lokek untuk berkongsi pengalamannya sewaktu mula menjejekkan kaki di singapura dan pengalaman menjadi anak seni, banyak yang di kongsikan, walaupun beliau kurang sihat namun sifat beliau yang ceria senang mudah tertawa dan senang di dekati  akhirnya dapat juga ibu interview artis Lagenda yang ramai minati ni iaitu mak Momo Latif, beliau yang datang bersama anak nya iaitu kak Kamaliah Latif dengan berkerusi roda, sebab mak momo kurang sihat, dan kami di beritau oleh kakak, bahawa mak momo baru saja keluar dari hospital.  

 di akhir temubual bila di minta untuk mak momo latif menyanyikan lagu beliau dengan pantas kata 'boleh...' best betul mak momo terus jer nyanyikan lagu kegemaran ibu iaitu 'Merpati Dua Sejoli' fuhh meletup mak momo masih boleh bawakan lagu dengan baik, Cuma ibu rasa sedikit terkilan sebab ada gangguan audio video di mana suara audio rakaman agak kurang memuaskan, minta maaf yer mak.  Insyallah kalau ada kesempatan lain ingin sekali lagi kami menenemuramah mak Momo sekali lagi


dan seorang lagi iaitu artis Lagenda pernah mendapat gelaran 
'Seniwati Air Mata' siapa lagi kalau bukan seniwati
MAK NENG YATIMAH

aduhh dapat cium lagi hehehehe, mak neng yatimah pun kurang sihat masa ibu interview, mula mula nak ajak interview ibu minta izin dulu dari beliau itu pun kalau dia tidak keberatan, pada mulanya dia agak malu malu katanya suara dia agak serak hehehe malu tapi mau haha cute kan, lepas tu mak neng mula bercerita tentang penglibatan beliau dalam bidang lakonan, seronok bual dengan beliau.

 Gambar ni selepas mak Neng Yatimah cium ibu, katanya dengan berbisik di telinga ibu 'Terima kasih yer nakk..' ibu jawab sama sama mak kerana sudi di temurahman oleh ibu, lalu pipi ku di cium,  tergelak besar (cium geram tu haha) ibu yang terkejut turut ketawa sama kata ibu 'waduhhh pipi ku di cium....wahh best ni :D' mak neng tergelak mendengarkan kata kata ibu tu, akhirnya dua dua ketawa besar memecahkan keriuhan dalam bilik menunggu artis.  Sebelum di akhiri temuramah mak neng sempat menyanyikan sebuah lagu nasihat jangan lupa tgk ok :D


Masih ingatkah anda dengan watak cik Norma? dari filem 'Anak Bapak', 
bertuah sungguh dapat menemuramah seniwati
RUMINAH SIDEK 
(atau lebih di kenali dengan panggilan mak Mah) 

 Sebenarnya lama dah nak temuramah mak Mah ni tapi tak berkesempatan,
tapi alhamdulillah dapat jugak nak dgr pandangan juga pengalaman mak mah dalam dunia
bidang lakonan dulu dan sekarang

orangnya masih lagi manis dan seri pengantin baru masih lagi jelas di wajahnya
Tahniah mak Mah dan Selamat Pengantin Baru dari kami.  Terima kasih mak Mah
kerana sudi di temuramai oleh ibu.


Kalau orang cakap jer Filem 'Anak Buluh Betong' mesti orang akan ingat pada
S ROSLEY
(Penyanyi & Pelakon)

bakatnya terserlah sewaktu uji bakat rakan beliau, yang mana ketika itu katanya memang beliau tidak merancang untuk pergi uji bakat, tapi akhirnya beliau telah di pilih untuk menjadi pelakon dan akhirnya menjadi penyanyi, beliau juga banyak perlakon dalam filem klasik seperti anak Buluh Betong, Lamppong karam dan banyak lagi. Memang tak di nafikan beliau memang mempunyai bakat berlakon dan menjadi hero dalam filem melayu klasik, beliau yang masih menetap di singapura masih lagi aktif mengikuti acara acara yang melibatkan artis dan pelakon zaman jalan ampas dulu, pada ibu lah...beliau adalah antara pelakon lelaki yang kacak pada masa tu termasuk juga beberapa orang  pelakon lelaki masa tu, seperti Dato' Mustapha Maarof dan P Ramlee.

Antara lagu yang menjadi kegemaran ramai peminat dan juga ibu sendiri yang suka dengan lagu nyanyian beliau  berjudul Hamidah, Mengapa, juga lagu duet beliau bersama dengan Pn Seri Saloma lagu berjudul Kembara Rasa sungguh menusuk kalbu memang the best.  Abg S Rosley seorang yang peramah dan beliau berkongsi pengalaman masa beliau masa mula berlakon dan menyanyi.  , terima kasih abg S Rosley sudi berkongsi cerita dengan ibu di LuahanRasa.com.

wahh rata rata yang naik ke pentas semua berkebolehan cayalah :D tahniah semua..

Gambar FB di sekitar projek sila klik di SINI

Wednesday, February 27, 2013

INFO - PENTAS LESTARI SENI VI - TRIBUTE ARTIS VETERAN


Depan (duduk) dari kiri: S Rosley, M Wari, Wahid Satay, Mariani Ismail, Datin Umi Kalthum, Dato' Aziz Sattar, Neng Yatimah, Dato' Mustapha Maarof, Salmah Ahmad, Momo Latiff, Tamu, Hashimah Yon, Habibah Haron, K Fatimah (sebahagian dari artis veteran yang hadir), juga J.A Halim, Zaiton 20sen, Pak Mat Sentul juga Rozita Rohaizad (tiada di dalam gambar)

Baru-baru ni telah di adakan satu acara gilang gemilang khas bagi artis-artis veteran pada zaman 50,60,70 dan juga 80.  Acara gilang gemilang ini di anjurkan oleh Balai Rakyat Fuchun CC di mana acara ini di ada kan istimewa bagi memperingati jasa bintang filem pada zaman itu, dalam hall penuh dengan para peminat yang sudah menanti awal sebelum jam 2.30ptg.


(gambar sisipan : artis veteran mak aton (Zaiton 20cent)

Kami sokong sangat dengan usaha yang di lakukan oleh balai rakyat Fuchun CC (MAEC) dan berharap akan di teruskan usaha serupa ini, moga ia nya juga dapat menjadi contoh kepada yang lain, di mana jika tiada yang lama tiadalah yang baru tahniah buat semua yang bertanggung jwb untuk menjayakan majlis kali ini, acara begini dapat mengenalkan anak anak muda kita kepada kebudayaan kita lebih dekat lagi dan juga kembalikan anak anak muda kita mengingati, meminati dan juga untuk mengenali artis filem melayu tanahair kita lebih lebih lagi di singapura dan malaysia,  sumbangan mereka dalam dunia seni begitu ketara sekali sehinggakan filem filem lama masih di tonton dan di gemari hingga ke hari ini, bukan saja artis lama tapi artis baru juga di hargai sama.




Penonton juga telah di hidangkan dengan berbagai persembahan nyanyian dari artis luar dan dalam negeri seperti P Ramley Singapura,

Juga tarian traditional oleh penari-penari dari berbagai persatuan juga negeri juga persembahan dari artis di dalam dan luar negara.




  
macam macam pose dan gaya di ambil , betul betul kenanganlah seronok melihat semua gembira, ramai yang datang rata rata ingin melihat sendiri artis lagenda kesayangan mereka dan ada juga yang terserempak kembali rakan lama waktu sekolah dan jiran lama

(gambar sisipan atas artis veteran kita sayu menyanyikan lagu di manakan ku cari ganti)

Segment yang menarik ibu rasa adalah bila di penghujung acara segment bersalaman dengan barisan artis lagenda ini benar benar menyentuh perasaan di sampai lagu latar 'Di mana kan ku cari ganti' waduhhh menusup ke kalbu very the touching gitu. 



Sana sini peminat bertaburan mula mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar dengan artis/seniman lagenda kita, wah seronok betul masa tu kecoh haha, best sangat, jelas terbayang kegembiraan berseri seri di wajah masing masing, apa tidaknya mereka berpeluang bersalaman dan bertentang  4mata mengenali artis pujaan mereka secara peribadi di samping dapat bergambar kenangan bersama mereka, saat yang penuh bersejarah buat barisan artis lagenda kita juga para hadirin yang hadir.




Tiba masa tuk mereka pulang ke negara masing-masing, Dato' Aziz Sattar sempat lagi untuk beri pose istimewa buat peminat di singapura









----------------------------------------------------


Acara : "PENTAS LESTARI SENI VI"
Di : Fuchun CC MAEC
Pada : Ahad 24 Feb 2013
Jam : 2.30 - 5.30ptg
Tiket berharga: $ 8 



MC - Asnidah Daud

ARTIS VETERAN

Dato' Mustapha Maarof
Dato' Aziz Sattar
Datin Umi Kalthum
Salmah Ahmad
Mariani Ismail
Momo Latiff
Neng Yatimah
Wahid Satay
Hashimah Yon
Habibah Haron
Zaiton (20sen)
K Fatimah
M Wari
S Rosley
J.A Halim
  Pak Mat Sentul 
Rozita Rohaizad 


Kumpulan yang mengambil bahagian:
Sekar Bali (Indonesia)
Wirama D Tari (Malaysia)
Atrika Dance Company (Singapore)
Dian Dancers (Singapore)
Attri Dance Foundation (Singapore)
Sriwana Dancers (Singapore)
Sri Warisan Som Said (Singapore)
Azpirazi (Singapore)
Kirana Seni (Singapore)
Era Dance Theatre (Singapore)
Persadaku Artis Seni Budaya of Fuchun CC MAEC (Singapore)
Silat Kuningan (Fuchun CC MAEC, Singapore)
Munir - Malay Traditional Music Group
Syafiee Hamzah aka P Ramlee Singapore - Singer (Singapore)
Azmir Ariff - Singer (Malaysia)
Mahani Mahmud & Amir Ahad - Singers (Singapore)


ada gambar banyak lagi di FB LuahanRasa.FM kami sila klik di SINI

Monday, December 24, 2012

Radio LuahanRasa.FM in SHOUTcast

Now you can hear us in Shoutcast, just follow this instruction as below..

1. Go to your Mobile & IPAD Apps Store and search for Shoutcast.
it will appear -> SHOUTcast Radio (click to download player on ur mobile & IPAD)



2. Once the SHOUTcast is download and appear on your mobile and IPAD*Click to go in the programme




click on 'Stations' type luahanrasa.fm on search box
It will appear > 'Radio LuahanRasa.FM (if that the correct LuahanRasa.FM radio you want, click to hear




On the left site there a blank 'star' click on it 'yellow' to save as favourite, there you have it now as your favourite radio and that it, so everytime you want to hear LuahanRasa.FM radio just click on your winamplayer

Do it now! so that you can hear LuahanRasa.FM anywhere you go, LuahanRasa.FM will always be with close to you, good luck and enjoy LuahanRasa.FM 'Listen till you drop' or 'Dengarkan sampai tergolek..'

Tips by - Deejay Ibumisali
*

Google Android App Market Logo

Sunday, October 30, 2011

Zaleha Hamid - RATU DANGDUT

Bio: Zaleha Hamid- legendary singer from Singapore has always had an impressive and powerful vocal range. She began singing from an early age. According to the liner notes on "Rough Guide to Music of Malaysia", Zaleha Hamid started out singing songs in an Indian classical style : "Zaleha Hamid was in a ghazal group before turning her attention to singing other Malay traditional styles and dangdut, the Indian and Arabic street music that emerged in Indonesia in the late 1960s". (ghazal is a poetic form and musical style which most frequently deals with the subject of love and separation) Her early pop records were shared with her sister Siti Khatijah, who had an equally unique vocal style. Zaleha Hamid also performed many duets with other singers. Zaleha Hamid has always been accompanied by the best and most innovative pop-psych bands from Malaysia Singapore and Indonesia.

Among the bands that she performed with were The Black Cats, Orkes Zindegi (zindegi = 'life' in Hindi), The Sandpipers and The Stylers. She recorded many records with the band Orkes Zindegi (Life Band) and was very popular throughout the golden psychadelic years (60an , 70an). Later on, she embarked as a solo artist, recording many 'asli' (traditional Malay) and 'dangdut' (an Indonesian style/rhythm) songs. In 1995, she cut a dangdut album called "Dangdut, Bang!" (Let's Go Dangdut, My Dear!) but it turned out to be a controversy due to the sexually suggestive elements of the lyrics, resulting in a ban on almost half of the songs listed. Just recently, she made a comeback album - but so far there has been little publicity about it. She still performs many concerts every year especially around Malaysia and Singapore and she remains widely popular throughout the world. She has remained very active- appearing on Malaysian TV, performing large wedding parties, and making occasional celebrity appearances at pop nostalgia/reunion concerts along with artists like Ismail Haron.

Temuramah kak Zaleha Hamid oleh dj Ibumisali
pada: 30 Oct 2011  jam: 2.30ptg di Tanjong katong Shopping Ctr

LR.FM - kebetulan kak leha ada show di situ, sempatlah mencelah sekejap untuk temuramah, persembahan kak leha hari tu memang best sangat, beliau masih lagi ligat dan suara masih macam dulu suka tgk dia menari dan menyanyi, kak leha pernah mendapat gelaran RATU DANGDUT pada suatu ketika dulu dan hingga kini beliau masih lagi di jemput untuk show2 dan membuat persempahan di dalam dan luar negeri, sorang yang ceria dan kelakar bila berbicara mesti tergelak, kak leha memang sporting habis, peramah orangnya, Lr.FM doakan moga kak leha sihat2 selalu dan terus giat dalam dunia seni suara lebih2 lagi dangdut dan asli salute kak leha.. dan ceria selalu dengan apa yang di kerjakan amin.