Antara artis Veteran Filem Klasik yang hadir
Pembukaan acara dengan peyampaian Cenderamata kepada para Artis Veteran oleh En Ng Say Tiong PBM, yang di irigini oleh Sdr Yahya Hamid PBM. Artis Veteran yang hadir walaupun ada di antara mereka agak uzur namun semangat mereka untuk sama sama menjayakan acara kali ini jelas terbayang di wajah mereka, ibu sokong projek seperti ini, yang mana jarang jarang di lakukan di tempat lain, di mana rasanya memperingati jasa artis Veteran Klasik Melayu memang sepatutnya kita raihkan, kalau boleh setiap tahun, tahniah kepada En Yahya Hamid PBM juga MAEC Fuchun CC kerana telah berjaya menganjurkan projek kali ini, kali ini ada kelainan sedikit, dimana artis artis Veteran naik ke pentas membuat persembahan, ada juga yang berlawak berlakon, di samping ada juga pementasan Adengan daripada Filem...wahh tak sangka mereka maish lagi berbisa lakonan yang padat dan ada di antara mereka yang masih boleh bernyanyi, seronok jugak di buatnya, thumb up buat semua, ibu tgk hadirin pun turut terhibur, siapa kata artis lama tidak boleh menyanyi? persembahan mereka masih menyengat kata orang sekarang :D
di ikuti juga dengan berbagai persembahan dari Pn Kamaliah Latif, anak kepada mak Momo Latif wahhh best suara kak kamaliah memang best sama macm dulu, Rozita Rohaizad jugak membuat persembahan beliau adalah anak kepada seniwati Hjh Mariani Ismail, persembahan dari adik allahyarhamah Saloma ia itu Sdri Jasmaniah Ismail turun membuat persembahan dan ramai, P Ramlee Singapura dan isteri, bersembahan lawak jenaka oleh abg Alias kadir juga tak kering gusi kita dgrkan suara power hehehe abg alias kadir tiru suara papa rock hohooo dasyat, dan tak lupa jugak Sdr Yahya Hamid menyampaikan bacaan puisi, dan ramai lagi
artis artis yang membuat persembahan.
Dalam pada itu ibu sempat juga dapat temubual pengerusi projek
Sdr Yahya Hamid PBM (Pengerusi Projek/MAEC Fuchun)
Menurut katan sdr Yahya Hamid PBM, projek ini tidak akan dapat di laksana kan tanpa kerjasama dari semua pihak lebih lebih lagi dari semua ahli jawatan kuasa MAEC Fuchun, sukarelawan juga dari Fuchun CC, dan menurut kata beliau lagi projek seperti ini akan di anjurkan lagi demi menghargai jasa artis Veteran Filem Klasik kita ni.
dengan artis artis veteran yang dapat ibu temuramah adalah seniwati dan pelakon mak
MOMO LATIF
Mak Momo latif - cute orangnya mudah di ajak berbual, pada pandangan ibu mak Momo latif ni pemalu rasanya tapi beliau tidak lokek lokek untuk berkongsi pengalamannya sewaktu mula menjejekkan kaki di singapura dan pengalaman menjadi anak seni, banyak yang di kongsikan, walaupun beliau kurang sihat namun sifat beliau yang ceria senang mudah tertawa dan senang di dekati akhirnya dapat juga ibu interview artis Lagenda yang ramai minati ni iaitu mak Momo Latif, beliau yang datang bersama anak nya iaitu kak Kamaliah Latif dengan berkerusi roda, sebab mak momo kurang sihat, dan kami di beritau oleh kakak, bahawa mak momo baru saja keluar dari hospital.
di akhir temubual bila di minta untuk mak momo latif menyanyikan lagu beliau dengan pantas kata 'boleh...' best betul mak momo terus jer nyanyikan lagu kegemaran ibu iaitu 'Merpati Dua Sejoli' fuhh meletup mak momo masih boleh bawakan lagu dengan baik, Cuma ibu rasa sedikit terkilan sebab ada gangguan audio video di mana suara audio rakaman agak kurang memuaskan, minta maaf yer mak. Insyallah kalau ada kesempatan lain ingin sekali lagi kami menenemuramah mak Momo sekali lagi
dan seorang lagi iaitu artis Lagenda pernah mendapat gelaran
'Seniwati Air Mata' siapa lagi kalau bukan seniwati
MAK NENG YATIMAH
aduhh dapat cium lagi hehehehe, mak neng yatimah pun kurang sihat masa ibu interview, mula mula nak ajak interview ibu minta izin dulu dari beliau itu pun kalau dia tidak keberatan, pada mulanya dia agak malu malu katanya suara dia agak serak hehehe malu tapi mau haha cute kan, lepas tu mak neng mula bercerita tentang penglibatan beliau dalam bidang lakonan, seronok bual dengan beliau.
Gambar ni selepas mak Neng Yatimah cium ibu, katanya dengan berbisik di telinga ibu 'Terima kasih yer nakk..' ibu jawab sama sama mak kerana sudi di temurahman oleh ibu, lalu pipi ku di cium, tergelak besar (cium geram tu haha) ibu yang terkejut turut ketawa sama kata ibu 'waduhhh pipi ku di cium....wahh best ni :D' mak neng tergelak mendengarkan kata kata ibu tu, akhirnya dua dua ketawa besar memecahkan keriuhan dalam bilik menunggu artis. Sebelum di akhiri temuramah mak neng sempat menyanyikan sebuah lagu nasihat jangan lupa tgk ok :D
Masih ingatkah anda dengan watak cik Norma? dari filem 'Anak Bapak',
bertuah sungguh dapat menemuramah seniwati
RUMINAH SIDEK
(atau lebih di kenali dengan panggilan mak Mah)
Sebenarnya lama dah nak temuramah mak Mah ni tapi tak berkesempatan,
tapi alhamdulillah dapat jugak nak dgr pandangan juga pengalaman mak mah dalam dunia
bidang lakonan dulu dan sekarang
orangnya masih lagi manis dan seri pengantin baru masih lagi jelas di wajahnya
Tahniah mak Mah dan Selamat Pengantin Baru dari kami. Terima kasih mak Mah
kerana sudi di temuramai oleh ibu.
Kalau orang cakap jer Filem 'Anak Buluh Betong' mesti orang akan ingat pada
S ROSLEY
(Penyanyi & Pelakon)
bakatnya terserlah sewaktu uji bakat rakan beliau, yang mana ketika itu katanya memang beliau tidak merancang untuk pergi uji bakat, tapi akhirnya beliau telah di pilih untuk menjadi pelakon dan akhirnya menjadi penyanyi, beliau juga banyak perlakon dalam filem klasik seperti anak Buluh Betong, Lamppong karam dan banyak lagi. Memang tak di nafikan beliau memang mempunyai bakat berlakon dan menjadi hero dalam filem melayu klasik, beliau yang masih menetap di singapura masih lagi aktif mengikuti acara acara yang melibatkan artis dan pelakon zaman jalan ampas dulu, pada ibu lah...beliau adalah antara pelakon lelaki yang kacak pada masa tu termasuk juga beberapa orang pelakon lelaki masa tu, seperti Dato' Mustapha Maarof dan P Ramlee.
Antara lagu yang menjadi kegemaran ramai peminat dan juga ibu sendiri yang suka dengan lagu nyanyian beliau berjudul Hamidah, Mengapa, juga lagu duet beliau bersama dengan Pn Seri Saloma lagu berjudul Kembara Rasa sungguh menusuk kalbu memang the best. Abg S Rosley seorang yang peramah dan beliau berkongsi pengalaman masa beliau masa mula berlakon dan menyanyi. , terima kasih abg S Rosley sudi berkongsi cerita dengan ibu di LuahanRasa.com.
wahh rata rata yang naik ke pentas semua berkebolehan cayalah :D tahniah semua..
Gambar FB di sekitar projek sila klik di
SINI